SharePoint
A- A A+
Home > About TTSH > News > Menjaga kaki elak komplikasi
KESAN KENCING MANIS: Kaki menjadi kaku dan berubah bentuk. – Foto-foto SERI MUSFIRAH MUSTAFAH

Berita Harian (26 April 2021)

PENYAKIT kencing manis (diabetes) merupakan salah satu cabaran kesihatan di seluruh dunia pada abad ke-21, dengan kadar pesakitnya cepat meningkat.

Singapura adalah salah satu negara yang mempunyai bilangan pesakit kencing manis, serta amputasi kaki akibat kencing manis yang tertinggi di Asia.

Ia amat penting bagi mereka yang menghidapi kencing manis untuk menguruskan keadaan diabetes dengan baik, terutamanya penjagaan kaki.

Dengan penjagaan kaki yang baik, anda boleh mencegah komplikasi yang boleh menyebabkan amputasi.

Dalam bulan Ramadan ini, anda boleh mangambil kesempatan ini untuk menyemai tabiat-tabiat baik penjagaan kaki ke dalam kehidupan anda supaya boleh mencegah komplikasi serius yang boleh membawa kepada amputasi.

BAGAIMANA DIABETES BOLEH MENJEJASKAN KAKI?

Kencing manis boleh menyebabkan pembuluh saluran darah ke kaki untuk meyempit atau tersumbat dan mengurangkan pengaliran darah ke kaki.

Sebagai analogi, bayangkan saluran darah di dalam badan seperti paip air.

Sekiranya paip air itu tersumbat, pengaliran darah ke kaki akan terhalang.

Pengurangan pengaliran darah ke kaki ini boleh mengakibatkan kematian dan penguraian tisu badan di kaki. Ini dikenali sebagai “gangren” (gangrene).

Gangren jika dijangkiti kuman adalah salah satu komplikasi yang mengancam nyawa dan sering memerlukan amputasi untuk menyelamatkan nyawa.

Simptom-simptom pengaliran darah ke kaki yang berkurangan termasuk:

  • Kekejangan pada betis atau paha ketika berjalan dalam jarak jauh lebih kurang satu perhentian bas, dan juga rasa bisa pada kaki ketika berehat.
  • Kaki juga boleh menukar warna menjadi lebih gelap dan merasa lebih sejuk.

Kencing manis juga boleh menyebabkan kerosakan urat saraf yang mengesan sentuhan, kesakitan, dan suhu.

Ini boleh menyebabkan kehilangan sensasi pada kaki dan juga simptom-simptom seperti sebal- sebal, semut-semut dan sensasi tusukan.

makanan yang disiapkan semasa Dengan kehilangan sensasi pada kaki, pesakit kencing manis tidak akan menyedari adanya luka pada kaki apabila terpijak benda yang tajam atau suhu yang panas.

Keadaan ini dikenali sebagai “neuropati periferal” (peripheral neuropathy).

Tambahan lagi, kencing manis boleh menyebabkan kekeringan dan kerapuhan kulit terutama pada kaki.

Ini boleh membuat kulit menjadi lebih gatal dan boleh pecah menjadi luka.

Di samping itu, kencing manis boleh menjadikan kaki menjadi lebih kaku dan berubah bentuk.

Ini akan menyebabkan tekanan tinggi pada sebahagian tapak kaki semasa berjalan atau berdiri menyebabkan terjadinya kalus (calluses) dan kematu (corns) di kaki.

Kalus dan kematu boleh menebal dan menjadi luka.

Memandangkan penyakit kencing manis boleh merosakkan sistem imuniti dan melambatkan penyembuhan luka, ini akan meningkatkan risiko kemerosotan

luka dan jangkitan kuman.

Ini seterusnya akan meningkatkan risiko amputasi kaki jika luka di kaki dijangkiti dengan teruk.

Oleh itu, ia sangat penting untuk menjaga kaki untuk mencegah kecederaan dan amputasi kaki yang berkaitan dengan diabetes.
















2021/05/11
Last Updated on